Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Peluang Terakhir



Sumber : Channel Telegram (@CerpenNoveldanLain2)
Editor : Hikam Fajri



Cerpen Melayu

Peluang Terakhir


Halaman 1

"Hari ini kau mungkin gembira, mungkin esok kau berduka.

Itulah kata-kata yang tentang Zati padanya. Nampak ikhlas terpancar diwajahnya.

Dia nasehatkan aku, untuk tinggalkan Zati, katanya Zati itu pisau cukur, dia kenal sangat. Aku tak percaya semua itu. Aku abaikan kata-katanya, aku benci dengar perkataan berduka. Aku mahu gembira. Hidup di dunia tanpa kata selamat tinggal selamanya.

Tapi kenapa kata duka, harus terjadi untuk umat manusia, tak bolehkah hidup sentiasa gembira bersama kekasih tercinta? Aku masih dibayangi mimpi-mimpi kebahagian. Jauh di sudut hati untuk merasa pedih terluka. Apatah lagi, tersungkur mengenangkan nasib yang tak kunjung tiba. Aku penuntut di sebuah universiti tempatan. Pointer hanya cukup-cukup makan, macam nyawa-nyawa ikan.

Kalau tersilap langkah hampir-hampir terkandas. Mahu dibuang universiti aku dibuatnya.

Seusai sahaja kelas pada pagi itu, aku mencari-cari seseorang. Niatku satu, mahu bertemu kekasih hati. Namun, hatiku pada ketika itu hancur dia yang ku kenal bersama seorang yang sangat aku kenal. Di café mereka bermadu asmara.

Siap main suap-suap makanan bagai. Ya itu sahabatku zainol. Tapi kenapa zainol, tidak adakah orang lain. Jiwaku kacau, hatiku sakit. Aku terus menerjah.

“Patutlah selama ini awak minta putus, rupanya awak ada affair dengan kawan baik saya?”

Zainol bingkas bangun. Sabar Yusuf, ni semua salah faham kami discuss….”

Bish! Belum sempat Zainol menghabiskan kata-kata. Satu tumbukan padu melekat pada wajahnya. Terjelepuk dia ke meja makan.

“Tak guna punya kawan. Selama ni aku percaya kau. Tergamak kau buat aku macam ni?” Zati terpinga-pinga.

“Yusuf!! Apa awak buat ni?” soal Zati, nadanya nyaring.

Aku, zainol, dia. Jadi tumpuan ramai. Semua student di situ memerhati. Aku.. aku dah tak peduli semua tu. Aku sudah puas. Satu tumbukan telah memuaskan nafsu amarahku.

“Saya masih cintakan awak Zati, sampai hati awak buat macam ni?”

“Awak, yang sudah tu sudah la. Saya tak nak awak.”

“Tapi kenapa?” Bila hati aku sudah sayang, bukan mudah aku nak lupakan. Biarlah, pedih dugaan hari ini. Aku rela hadapi.

“Sebab kau tak handsome, hodoh lagi bodoh.” Zainol bangun, sambil mengelap bibirnya yang mula mengalir cecair merah. Zainol mendekati aku.

Bish! Kini giliranku pula. Satu tumbukan melayang tepat kemataku. Pandanganku berpinar-pinar. Aku jatuh, pening, sakit. Aku lemah.

“Zainol!! Cukup.” Tempik Zati.

“Woiii!! kalau nak bergaduh balik rumah. Ni tempat orang nak makan.”

Terdengar suara-suara yang menerjah. Sudah muak barangkali mendengar
pergaduhan cinta tiga segi seperti budak-budak sekolah menengah. Aku
mengelengkan kepada dek kerana pening, memegang lopak mata yang kian melebam.
“Tergamak kau zainol. Kau caci aku depan semua orang. Mana kata sahabat yang kau junjung selama ini?” Suara aku serak.

“Sahabat? Mana ada sahabat. Sebab ni kau jadi sahabat aku.” Zainol menunjukkan beberapa keping not merah.

“Duit!! Sebab ini kata sahabat tercipta. Ingatlah dungu, mana ada orang nak kawan dengan orang macam kau. Semuanya kerana duit. Memang padanlah bapak kau muflis, aku pun tak tahan nak mengemis duit kau.”



Halaman Selanjutnya : 1  2  3  4  5 
Hikam Fajri ®
Hikam Fajri ® Gue Hikam Fajri orangnye suka ngopi. Hehe... Jika ada pertanyaan, kritik, atau saran bisa langsung hubungin gue ke alamat Email [email protected]

Posting Komentar untuk "Peluang Terakhir"

Berlangganan via Email

close
close
Getfile